Isnin, 16 Februari 2009

Jahit Manik

Alhamdulillah..
Syukur kerana dah berjaya hadir dan belajar menjahit manik hari semalam dengan Kak Aini. Rasa bersemangat, seronok dan admire sangat dengan hasil yang dapat dibuat dengan menjahit manik ni. Insya Allah saya akan aplikasikan..

terima kasih cikgu!

Situs Inversus Totalis

Baru pertama kali dengar istilah 'Situs Inversus Totalis'. Lebih kurangnya istilah perubatan ini bermaksud organ dalam badan berada dalam keadaan terbalik seolah-olah imej cermin seperti jantung yang sepatutnya berada di sebelah kiri dada, berada di sebelah kanan, begitu juga organ-organ lain.

Tujuan saya menulis berkenaan masalah perubatan ini adalah kerana seorang ahli keluarga saya disahkan menghidap keadaan ini. Dan hanya hari ini kami mengetahuinya.. semoga Allah memanjangkan umur beliau dan memberi kesabaran dan keampunan kepadanya dan kami semua amiin.

Bacaan lanjut berkaitan masalah ini..
http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/Situs+inversus+totalis
http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/113/3/e256
http://emedicine.medscape.com/article/413679-overview

Khamis, 12 Februari 2009

Belajar menjahit manik pada pakaian

Insya Allah 15 Februari ini saya akan belajar menjahit manik dengan kak Noraini Ladybeads sebab melihat pada hasil kerja beliau menjadikan saya bersemangat untuk menghasilkan jahitan manik, batu dan labuci pada pakaian sendiri dan seterusnya cuba untuk mengambil tempahan. Mudah-mudahan usaha ini diberkati dengan berkat izin suami dan keluarga tersayang..

http://msdnoraini.fotopages.com/?entry=1754726

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami ini baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Khamis, 5 Februari 2009

Buku Panduan Solat Bergambar RM3











Terdapat buku panduan solat "Mari Sembahyang Lelaki/Perempuan" untuk dijual dengan harga RM5.00 setiap sebuah. Ciri-ciri buku tersebut ialah:
  • panduan solat khusus untuk lelaki/perempuan (2 buku berasingan) berilustrasi
  • panduan bacaan dalam solat dalam bahasa arab dan dieja dalam tulisan rumi (untuk sesiapa yang kurang mahir dengan tulisan jawi tetapi ingin belajar solat serta bacaannya)
  • bermula dengan panduan cara berwudhu' lelaki/perempuan, iqamat dan azansedikit panduan solat-solat sunat utama

Jika berminat sila respon pada ikon 'ulasan' di bawah. kos pos (pos ekspres) adalah RM5. Terima kasih

RaiHan NiaGa

Bismillahirrahmanirrahim
Cubaan pertama menggunakan blog raihan niaga ini, sebagai langkah pertama memulakan perniagaan sendiri